header image

Aplikasi MS PowerPoint

Posted by: | August 14, 2011 | No Comment |

Pengenalan Kepada Aplikasi MS PowerPoint

Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah.  Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungan unsur-unsur multimedia seperti animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. Penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan menjadikan persembahan:

  • menarik minat pengguna;
  • memberi motivasi kepada pengguna; dan
  • mudah difahami oleh pengguna.

Persembahan elektronik juga mesra pengguna, butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yang mesra pengguna dan boleh mengabungkan media video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan. 

Selain daripada itu, gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif. Oleh itu perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga membenarkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mengilustrasi idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar.

Resos MS PowerPoint:

  1. Chapter 13 – Getting Started with PowerPoint 2007
  2. Chapter 14 – Creating A Presentation
  3. Chapter 15 – Completing A Presentation
under: MS POWERPOINT

Leave a response






Your response:

Categories